Rabu, 19 September 2012

Lapan Lelaki Didakwa Kerana Main Judi Holo


MIRI: Lapan lelaki masing-masing di­denda RM300 atau empat minggu pen­jara oleh Mahkamah Majistret petang semalam kerana kesalahan bermain judi haram di tempat awam.

Kesemua tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang boleh mem­bawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan kes, kes­emua tertuduh didapati telah bermain judi haram jenis Hoo Hey How atau holo di tempat awam.

Mereka didakwa melakukan kes­alahan itu pada jam 11.20 malam, 15 September lalu di tepi rumah Lot 1660, Piasau Utara di sini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan