Khamis, 6 September 2012

Nelayan Buat Layar Sendiri Untuk Pulang

MELAKA - Dua nelayan yang tidak pulang selepas keluar menangkap ikan di Pantai Rombang, Tanjung Kling di sini Rabu lalu, selamat pulang awal pagi tadi.

Ramli Mahadi, 48, dan rakannya, Supian Kadir, 32, tiba di pantai dalam keadaan hujan dan ribut serta ombak bergelora kira-kira 12.10 pagi.

Mereka berkata, mereka menggunakan layar yang dibuat sendiri dari kain kanvas untuk melayari bot mereka selepas kehabisan minyak di tengah laut.

"Biasanya kami akan bawa dua tong minyak iaitu kira-kira 50 liter ketika pergi menangkap ikan, tetapi apabila enjin bot kami terhenti baru kami perasan yang kami hanya bawa satu tong minyak sahaja,” kata Ramli kepada pemberita kemudiannya.

Beliau berkata, ekoran itu, mereka telah menggunakan kanvas yang terdapat di dalam bot untuk dijadikan layar. - BERNAMA


Tiada ulasan:

Catat Ulasan