Jumaat, 14 September 2012

Orang Ramai Diminta Cam Barang Kes Dirampas Polis

Balai Polis Miri

MIRI: Orang ramai yang pernah mengalami kecurian atau menjadi mangsa ragut diminta tampil ke Balai Polis Pusat Miri untuk mengecam beberapa barang kes yang berjaya dirampas semula oleh pihak polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Miri, Superintenden Sapian Selihin berkata, antara barang-barang yang dirampas ialah satu unit iPad Apple berwarna hitam, satu unit komputer riba jenis Acer biru, empat unit telefon bimbit Nokia berwarna hitam, satu unit telefon bimbit Sony Ericson berwarna putih, seutas rantai leher emas, lima bentuk cincin emas dan sebiji loket emas berbentuk ‘dolphin.’

“Barang-barang ini berjaya dirampas dalam serbuan yang dilakukan baru-baru ini,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang pernah mengalami kecurian seperti rumah dipecah masuk atau menjadi mangsa ragut boleh datang ke Balai Polis Pusat Miri di sini untuk membuat pengecaman.

Mereka juga boleh menghubungi Inspektor Asyraq Raimie menerusi talian 085-433222 atau 016-8182169.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan