Isnin, 17 September 2012

Sambutan Hari Malaysia Di Limbang Meriah

Para kenamaan bersama penduduk Limbang menyertai senamrobik 1Malaysia

LIMBANG: Sekitar 2,000 penduduk di daerah Limbang membanjiri Dataran Jubli Emas bagi memeriahkan dan menghangatkan sambutan Hari Malaysia Peringkat Bahagian Limbang yang berlangsung penuh warna-warni semalam.

Pelbagai kejutan dan kelainan sambutan Hari Malaysia di sini turut diadakan termasuk acara perarakan 49 perahu melibatkan ahli-ahli Persatuan Nelayan Limbang yang berkonvoi di sekitar Sungai Limbang.

Perarakan diteruskan dengan acara konvoi Merdeka Jalur Gemilang Aidilfitri Jabatan Penerangan Daerah Limbang disertai dengan beberapa motosikal menuju ke Sundar, Lawas.

Terdahulu pelbagai aktiviti diadakan sejak jam 6.30 pagi lagi dengan aktiviti senamrobik 1Malaysia, pelepasan Basikal Ria 1Malaysia, Walkaton 1Malaysia, penyerahan Jalur Gemilang daripada Basikal Ria 1Malaysia, Anugerah Kampung Paling Aktif Mengibar Jalur Gemilang dan cabutan bertuah.

Empat kampung turut menerima anugerah tersebut melibatkan Kampung Pabahanan,Penapak, Nauran dan Limpasong Limbang.

Aktiviti sampingan lain yang berjaya menonjolkan keunikan budaya 1Malaysia adalah persembahan kebudayaan daripada Komuniti 1Malaysia (K1M) Kampung Batu Danau, K1M Berawan Buluh, K1M Kampung Pahlawan dan K1M yang lainnya.

Hadir memeriahkan program itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota Dr Abdul Rahman Ismail.

Turut sama ialah Residen Limbang Maria Hasman, Timbalan Residen Pembangunan Hamdiah Bakir, Pegawai Daerah Limbang Anyi Ngau, Pegawai Daerah Lawas Mohd Supaih Hamdan, Temenggung Ang Kheng Su, ketua masyarakat dan jemputan lain.

Penduduk Limbang yang menyertai acara jalan kaki mengelilingi bandar Limbang

Bergambar bersama Temenggung Ang (tiga kiri) dan Persatuan Tarian Singa Kaum Cina 

Acara bermukun turut dipersembahkan

Peserta Basikal Ria 1Malaysia menamatkan kayuhan di Dataran Jubli Emas

Sorakan semangat 1Malaysia yang memenuhi ruang Dataran Jubli Emas

Konvoi 49 perahu daripada Persatuan Nelayan Limbang di Sungai Limbang

Dr Rahman, Supaih dan Maria melepaskan konvoi ke Sundar Lawas


Tiada ulasan:

Catat Ulasan