Ahad, 9 September 2012

Dua Lelaki Ditahan Kerana Miliki Pistol Buatan Sendiri


KUCHING: Dua lelaki ditahan selepas didapati memiliki sepucuk pistol buatan sendiri berisi lima butir peluru ketika diperiksa berhubung kes kecurian motosikal petang kelmarin.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) ACP Lee Moh Lee semasa dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan memberitahu kedua-dua suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, kedua-dua suspek yang masing-masing berasal dari Betong, 37, dan Miri, 32, ditahan dan disiasat di bawah Akta senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

“Kedua-dua suspek kini direman untuk siasatan lanjut dibawah Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971,” katanya.

Sementara, menurut Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Roslan Bek Ahmad, kedua-dua suspek telah ditahan di Kota Sentosa sekitar jam 6.30 petang.

“Pemeriksan lanjut ke atas suspek telah berjaya menemui sepucuk pistol buatan sendiri bersama lima butir peluru di kawasan tempat letak motosikal di Kota Sentosa, di sini,” katanya mengulas mengenai tangkapan tersebut.

Menurut sumber, polis pada mulanya berjaya mengesan motosikal tersebut yang digunakan suspek adalah motosikal curi sebelum kedua-dua suspek muncul beberapa minit selepas itu.

“Kedua-dua suspek juga kelihatan mencurigakan menyebabkan pihak polis terus menahan mereka (suspek) untuk diperiksa sebelum dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut,” kata sumber tersebut.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan