Selasa, 11 September 2012

Dua Parah Selepas Bas Sekolah Hilang Kawalan

Bas sekolah yang membawa kakitangan Jabatan Laut Sarawak terlibat dalam kemalangan

ENGKILILI: Dua cedera parah manakala dua lagi cedera ringan dalam satu kemalangan yang berlaku berdekatan Sedarat Salin, dalam daerah kecil Engkilili, jam 2 pagi kelmarin.

Dua yang cedera parah itu dikatakan terus dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) Kuching. Sementara itu yang mengalami cedera ringan menerimat rawatan di Hospital Sri Aman.

Menurut sumber, 35 penumpang yang menaiki sebuah bas sekolah itu adalah terdiri daripada kakitangan Jabatan Laut Sarawak yang terbabit dalam kemalangan itu.

Kejadian itu dipercayai berlaku ketika bas itu melakukan perjalanan dari Miri ke Kuching setelah menyertai perbarisan Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin di bandar raya Miri, Sabtu lalu.

Kejadian berlaku dipercayai akibat hilang kawalan lalu terjunam ke tepi jalan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan