Selasa, 11 September 2012

Penderitaan Wanita Ditinggal Suami Mendapat Perhatian

Sebastian bergambar bersama Reka (dua kiri) dan salah seorang anaknya

MIRI: Penderitaan seorang suri rumah yang ditinggalkan suami, Reka Umar mendapat perhatian daripada Setiausaha Politik Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Sebastian Ting yang menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban wanita itu.

Selain diabaikan, Reka memerlukan bantuan kewangan untuk menjalani pembedahan buah pinggang di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Dia yang mempunyai tiga anak termasuk seorang anak kurang upaya terpaksa melakukan beberapa kerja untuk menampung kehidupan selepas ditinggalkan suaminya beberapa tahun lalu.

Penderitaan Reka diketahui oleh jiranya di kawasan perumahan di Desa Senadin yang kemudian menarik perhatian Sebastian untuk menghulurkan bantuan.

“Saya berterima kasih kepada Datuk Sebastian dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Ripin Lamat yang menghulurkan bantuan untuk membiayai pemeriksaan dan pembedahan di Kuching,” katanya.

Menurut Reka, walaupun suaminya sudah meninggalkan dia dan anak-anak, namun dia mampu menyara hidup keluarganya sehinggalah dia disahkan menghidap penyakit buah pinggang menyebabkan dia tidak dapat bekerja seperti dahulu.

Tambahnya, buat masa ini semua perbelanjaan dibantu oleh ahli keluarga dan rakan-rakan. Reka akan pergi memancing di sebuah tasik berhampiran Desa Senadin untuk hidangan makan tengah hari.

Difahamkan, Reka pernah memohon bantuan daripada jabatan kerajaan yang berkaitan namun masih belum diluluskan berikutan statusnya sebagai ibu tunggal belum ditentukan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan