Selasa, 11 September 2012

Lelaki 91 Tahun Meninggal Ketika Main Catur

Paramedik mengesahkan kematian Lim 

SIBU: Seorang lelaki berusia 91 tahun tiba-tiba jatuh di atas meja lalu meninggal dunia serta-merta ketika sedang asyik bermain catur dengan rakan-rakan di kedai kopi di Lorong Foochow di sini.

Lelaki dari Jalan Ek Dee itu, hanya dikenali sebagai Lim oleh rakan, yang menyatakan kejadian itu berlaku pada jam 10.05 pagi. Pelanggan kedai kopi terkejut apabila Lim tiba-tiba jatuh di atas meja dengan keadaan tercungap-cungap.

Tersentak dengan kejadian tersebut, rakannya terus menghubungi ambulans dan memaklumkan kejadian tersebut kepada polis.

Tidak lama selepas itu, menantu kepada Lim tiba di tempat kejadian selepas dimaklumkan tentang kejadian mengejut itu.

Mayat Lim telah dihantar ke rumah mayat Hospital Sibu dengan menggunakan trak polis.

Menurut teman kepada Lim, sebelum ini dia tidak pernah mendengar Lim mengadu apa-apa penyakit kronik dan percaya beliau adalah sihat.

Beliau berkata Lim kebiasaannya akan ke kedai kopi tersebut hampir setiap hari terutama pada waktu pagi untuk menghabiskan masa lapang dengan rakan-rakannya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan