Selasa, 11 September 2012

Pekerja Kem Pembalakan Cedera Ditimpa Kayu Balak

 Mangsa sedang menerima rawatan daripada anggota penyelamat

SIBU: Seorang pemuda ber-usia 20 tahun dari Sungai Assan di sini yang bekerja di sebuah kem pembalakan di Paradom dekat sini cedera selepas di-timpa kayu balak, semalam.

Kejadian dikatakan berlaku sekitar jam 12.30 tengah hari semasa mangsa sedang bekerja apabila tiba-tiba longgokan kayu balak terbabit jatuh dari timbunannya lalu menimpa mangsa.

Mangsa yang berada di atas longgokan kayu balak yang lain terjatuh dan kayu yang jatuh tadi terus menimpa kaki kirinya.

Mujurlah kayu balak terbabit tidak menimpa bahagian badannya dan dipercayai hanya sebatang kayu sahaja jatuh menimpanya manakala longgokan kayu yang lain tidak jatuh. Impak daripada itu, mangsa mengalami kecederaan di sebelah kaki kirinya.

Rakan sekerjanya kemudian menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia sejurus selepas itu. Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan