Isnin, 17 September 2012

Pelakon Filem Hina Islam Diperdayakan Oleh Pengarah



Anna Gurji Photos

Pelakon wanita,filem yang mencetuskan amarah masyarakat Islam dunia,merasa dikecam dan tidak selamat selepas protes dan pembunuhan berlaku berikutan tersiarnya klip video Innocence of Muslims di YouTube sejak seminggu lalu

Anna Gurji, 21, mendakwa melakonkan watak isteri muda kepada seorang lelaki bernama George, tetapi pengarahnya Nakoula Basseley atau dikenali sebagai Sam Bacile, bertindak menukarnya kepada Muhammad

“Saya tidak tahu George ditukar kepada Muhammad. Kini saya hanya berkurung di rumah. Saya bimbang masyarakat dunia memusuhi saya kerana filem itu Saya penganut Kristian Katolik, jadi mereka terfikir saya juga menentang Islam. Saya berasa dikhianati Bacile. Saya telah dikenali seluruh dunia dan jujur saya akui berasa malu apabila menonton watak itu,” katanya kepadaThe Mail Online.

Gurji berkata, selain beliau barisan pelakon filem itu turut diperbodohkan Bacile yang kononnya tajuk filem berkenaan adalah Desert Warrior atau Innocence of Bin Laden selain langsung tidak berkaitan dengan isu keagamaan.

Gurji bersama Bacile semasa proses rakaman filem itu

“Saya diberi watak sebagai Hilary. Menurut Bacile, filem itu mengisahkan sebuah komet jatuh di kawasan Timur Tengah, dan perebutan komet berlaku sehingga cetus peperangan untuk merebutnya

“Filem itu sepatutnya mempunyai banyak kesan khas kerana kami berlakon di hadapan layar hijau. Kos penggambaran rendah, saya hanya dibayar $75 (RM227.73) sehari

“Saya tidak tahu bagaimana Bacile boleh menukar jalan cerita itu. Mungkin saya bodoh tetapi tiada sesiapa menceritakan hal sebenar

Tiada seorang pun daripada barisan pelakon terfikir filem ini mempunyai agenda rahsia,” katanya mengakui filem itu dirakamkan di California


1 ulasan:

  1. baguslah tu...kristian pun tipu kristian...tapi yang korang usik2 agama org tu apa hal? bodoh nak mampus

    BalasPadam