Isnin, 17 September 2012

Remaja Ditahan Untuk Bantu Siasatan Kes Gadis Hilang

KUCHING: Polis menahan seorang remaja berusia 18 tahun bagi membantu siasatan berhubung kes gadis dari Kampung Lintang yang hilang minggu lepas.

Lelaki berasal dari Kampung Pasir Pandak ditahan di Jalan Tunku Abdul Rahman sekitar jam 1.30 pagi semalam setelah diserahkan oleh bapa gadis berkenaan.

Gadis berusia 13 tahun dilaporkan hilang Selasa lepas setelah gagal kembali ke rumah pada hari sebelumnya.

Kes itu masih dalam siasatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan