Rabu, 12 September 2012

Polis Hairan Pihak Bangkit " Anti Sarawak "


KUCHING: Pesuruhjaya Polis Negeri Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata beliau tidak faham kenapa ada pihak yang membangkitkan isu dengan orang Sarawak yang beliau sifatkan secara amnya sebagai sangat peramah.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai beberapa laman ‘anti Sarawak’ dan ‘antiorang Sarawak’ yang muncul dalam Facebook baru-baru ini sekali gus menimbulkan kemarahan rakyat Sarawak dalam laman sosial itu.

“Saya sebenarnya tidak tahu kenapa ada pihak yang ada isu dengan rakyat Sarawak atau negeri ini.“Saya sudah berada di sini selama lapan bulan dan saya mendapati rakyat di sini amnya sangat peramah,” kata Acryl ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya yang dianjurkan oleh polis negeri di sini semalam.

Beliau menambah, walaupun beliau tidak menerima sebarang maklumat berhubung laman sosial terbabit, beliau percaya ia adalah angkara pihak tidak bertanggungjawab yang mahu mencetuskan sentimen negatif di kalangan rakyat Sarawak.

Katanya, beliau akan mengarahkan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) agar menyiasat perkara itu, dan akan melancarkan siasatan untuk mengesan dalang yang bertanggungjawab jika kandungan halaman tersebut didapati melanggar undang-undang di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia.


2 ulasan:

  1. tidak kurang juga kat sabah, biasalah dah nak dekat PRU..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sepatutnya hal macam ni tak berlaku... semenanjung ker, sabah ker, sarawak ker...semuanya dalam satu negara....

      Padam