Dua remaja bawah umur dari Kampung Sungai Laru ditahan semalam
KUCHING: Dua remaja bawah umur ditahan setelah disyaki terlibat dalam kes pecah rumah di Taman Hussein di Petra Jaya baru-baru ini. Tangkapan sekitar jam 2 petang semalam itu dibuat di rumah salah seorang suspek di Kampung Sungai Laru.
Pihak polis turut merampas sebuah televisyen plasma berukuran 42 inci yang dipercayai barang curi dari rumah suspek. Mereka seterusnya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching untuk membantu siasatan.
Dalam kes berasingan, seorang nelayan dari Kampung Bako hilang punca pencarian seketika apabila enjin sangkut 15 kuasa kuda iaitu satu-satunya sampan miliknya didapati hilang. Menurutnya, kehilangan itu disedari setelah dia pergi ke jeti petang kelmarin.
Mangsa yang berada dalam lingkungan usia 70-an itu memberitahu bahawa dia membeli enjin sangkut yang dianggarkan bernilai RM4,000 itu dua tahun lepas di bawah skim bantuan nelayan.
Laporan polis telah dibuat untuk tindakan selanjutnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan