Khamis, 13 September 2012

Wanita China Dirogol Lelaki Di Pusat Urut


KUCHING: Seorang wanita warga China membuat laporan polis mendakwa dirogol seorang lelaki di sebuah pusat refleksologi awal pagi semalam.

Menurut sumber, mangsa, 22, semasa kejadian sedang bekerja sebelum didatangi suspek yang juga lelaki warga China ke pusat kesihatan tersebut yang terletak di pusat bandar untuk mendapatkan khidmat urut daripada mangsa.

Ketika suspek dibawa oleh mangsa ke sebuah bilik untuk diurut, suspek tiba-tiba bertindak agresif terhadap mangsa lalu merogolnya di bilik tersebut.

Oleh kerana risau akan keselamatannya, mangsa tidak berani berbuat apa-apa menyebabkan suspek yang dipercayai berusia 30-an itu terus melarikan diri selepas melakukan perbuatan terkutuk tersebut.

Mangsa kemudian segera melaporkan kejadian tersebut kepada majikannya yang kemudian mengiringinya membuat laporan polis di balai polis berhampiran.

Mangsa turut membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) selepas laporan polis dibuat pagi semalam.

Siasatan polis masih dijalankan dan sehingga berita ini ditulis masih belum ada tangkapan dibuat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan