Khamis, 13 September 2012

Warga Indonesia Cedera Dilibas Rakan Dengan Keris


SIBU: Seorang warga Indonesia cedera di pergelangan tangan kiri selepas dilibas rakan senegara dengan sebilah keris di sebuah kilang papan di Pulau Kerto di sini, awal pagi semalam.

Mangsa, 42, mengalami luka yang agak dalam dan terpaksa dihantar ke sebuah pusat perubatan swasta oleh seorang penyelia dan rakan sekerjanya yang lain.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, mangsa dipercayai bertengkar dengan suspek, 30-an, yang memang dikenali sebagai seorang yang panas baran. Difahamkan, suspek yang hilang pertimbangan tiba-tiba menumbuk muka mangsa sebanyak empat kali.

Mangsa bertindak melawan penyerang dengan membalas satu penumbuk sebelum suspek mengeluarkan sebilah keris untuk menyerang mangsa.

Suspek kemudian melarikan diri selepas mencederakan mangsa.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan