Isnin, 17 Disember 2012

Mati Dikelar Saudara

Mayat Matang yang disyaki mati disembelih saudaranya sendiri 

MIRI - Seorang lelaki yang didakwa mengalami masalah kemurungan bertindak kejam apabila menyembelih saudaranya sendiri ketika mangsa memberi segelas minuman kepadanya dalam kejadian menyayat hati di sebuah ladang kelapa sawit di Bakong dekat sini kelmarin.

Kejadian tragis pukul 12.30 tengah malam itu mengakibatkan Matang Sakara, 33, dari Makasar, Indonesia mati akibat kecederaan parah di lehernya selepas disembelih dengan sebilah pisau oleh suspek yang kini telah melarikan diri. Mangsa dibunuh di rumah pekerja ladang tersebut.

Mengimbau semula kejadian itu, isteri mangsa, Senab Saing, 26, berkata, suspek yang juga pekerja ladang itu tinggal sebumbung dengan mereka sejak beberapa bulan lalu dan merupakan saudara jauh suaminya.


1 ulasan:

  1. Kenapalah kejadian begini sering berlaku dalam masyarakat kita. Apa motif sebenarnya mereka ini. Sanggup lakikan perkara yang bertentangan dengan agama kita.

    BalasPadam