Selasa, 11 Disember 2012

Anak Dipaksa Mengemis


Dayah dipaksa mengemis sejak diculik pada 1 Disember lalu

KUALA LUMPUR - Seorang bapa mendakwa anak perempuannya yang dilarikan seorang pelesit rempit sebelum ditemui dikurung di dalam bilik hotel di Jalan Tun Razak di sini kelmarin dipaksa menjadi pengemis oleh satu sindiket yang didalangi mak nyah bergelar Umie.

Raja Roslan Raja Ahmad Hadzrawi, 39, mendakwa, maklumat itu diperoleh selepas dia memujuk anaknya, Raja Nor Hidayah, 16, atau Dayah untuk menceritakan perkara sebenar yang berlaku sepanjang dia dilarikan.

Dakwanya, Dayah bersama dua lagi gadis dipaksa menjadi pengemis di gerai makan dan pasar raya di sekitar Puchong Perdana, Subang serta Damansara, Selangor dan mereka mampu memperoleh sekitar RM1,500 hingga RM2,000 sehari. Dua gadis itu turut ditemui dikurung di dalam bilik hotel tersebut.

"Saya dimaklumkan, anak saya dan dua gadis itu dibawa menaiki teksi ke lokasi berkenaan untuk mengemis.

"Ketika mengemis, mereka membawa sekeping kertas tertera gambar seorang wanita berbadan gempal yang kononnya memerlukan derma bagi mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihidapinya," dakwanya sambil memberitahu gambar itu merupakan gambar Umie, 50-an, yang merupakan dalang sindiket tersebut.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan