Jumaat, 7 Disember 2012

Api Misteri Punca Kebakaran

Anggota bomba memadamkan kebakaran

KUCHING – Sebuah keluarga mendakwa kemunculan api misteri sejak Isnin lalu menjadi punca rumah mereka hangus dalam kebakaran di Jalan Bunga Ros, Kampung Gita di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, tujuh ahli keluarga terbabit tiada di rumah ketika api memusnahkan kediaman yang mereka diami sejak 50 tahun lalu.

Mangsa, Haslina Drahman, 40, mendakwa, sejak Isnin lalu keluarganya berdepan pengalaman pelik apabila diserang api misteri sebanyak tiga kali dengan kejadian pertama menyebabkan langsir tiba-tiba terbakar pada pukul 6.30 pagi.

Katanya, selang sehari kemudian sebuah rak pakaian pula disambar api disusuli kejadian ketiga pukul 7.15 pagi kelmarin apabila api marak dari dalam almari pakaian.

“Kami telah membuat laporan polis semalam (kelmarin) kerana khuatir kejadian itu berpunca daripada perbuatan khianat,” katanya di sini semalam.

Haslina yang bekerja sebagai pegawai keselamatan berkata, dia bercadang menggunakan khidmat pengamal perubatan alternatif bagi mengatasi misteri itu namun tidak sempat berbuat demikian kerana rumahnya dijilat api semalam.

Katanya, dia tidak menolak kemungkinan api misteri menjadi punca rumah tersebut terbakar.

Selain Haslina rumah itu didiami ibunya, Mordiah Mohd. Taha, 62; adik perempuannya, Norasmara, 27; dan suami, Mohamad Firdoze Maliki, 32; serta dua anak perempuan mereka berusia 8 dan 9 tahun. Seorang lagi ialah anak angkat keluarga tersebut.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Petra Jaya, Mohd. Raffy Saibi berkata, pihaknya masih menyiasat punca kebakaran dan kerugian mangsa.


4 ulasan:

  1. Hadapan rumah saya tok......pelik. Tapi suspek wiring rumah bab rumah dah agak lama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yalah kan, pelik...tapi tiada yang mustahil juak kat dunia tok...

      Padam
  2. Banyak bersabar...insyaALLAH??? Tuhan akan tolong

    BalasPadam
  3. Maaf...insyaALLAH ya salah taip...sepatutnya kmk taip titik tapi tertaip tanda soalan

    BalasPadam