Jumaat, 14 Disember 2012

Derita Sakit Buah Pinggang

Ros Umairah menghidap penyakit buah pinggang

SUNGAI PETANI – Seorang kanak-kanak, Ros Umairah Rospandi, 3, menanggung derita sejak Jun tahun lepas apabila disahkan menghidap sakit buah pinggang.

Ekoran daripada itu, dia tidak dapat bermain dengan rakan-rakan sebaya dan sering dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini untuk rawatan.

Ibunya, Mashitah Yahya, 31, berkata, keadaan anaknya semakin serius apabila muka dan perut mula membesar.

“Saya orang susah dan tiada wang untuk membiayai rawatan penyakit Ros Umairah,” katanya ketika ditemui di rumah pusaka ibunya di Kampung Tepi Sungai, Kuala Muda di sini semalam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan