Rabu, 12 Disember 2012

Imej Berambut Pendek

Gaya rambut terkini Alicia Keys



NEW YORK - Penyanyi terkenal, Alicia Keys mengejutkan media dan para peminatnya apabila dia mendedahkan hasrat untuk menipiskan lagi rambutnya.

Keys tampil dengan gaya rambut pendek paras leher pada tahun ini. Ketika ditanya sama ada dia mahu membotakkan kepalanya, Keys berkata: 

"Saya berfikir tentang sesuatu seperti itu. Saya akan melakukannya," kata penyanyi berusia 31 tahun itu. Pemenang Anugerah Grammy itu pernah muncul dengan imej berambut panjang.

Selebriti lain yang pernah membotakkan kepala ialah Natalie Portman, India Arie, Chrisette Michelle dan Kellie Pickler. - Agensi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan