Selasa, 11 Disember 2012

Rempuh Rumah Hingga Rosak

Kerosakan rumah Mohd. Yusabry selepas ia dirempuh treler

KUANTAN - Sebuah rumah mengalami kerosakan apabila sebuah lori treler yang diletakkan di atas tebing jalan tiba-tiba bergerak ke arah rumah tersebut tidak lama selepas enjinnya dihidupkan.

Kejadian malang itu menimpa rumah Mohd. Yusabry, Mohd. Yusof, 39, di Felda Panching Timur dekat sini ketika dia sedang menukar pakaian petang semalam.

Dia mendakwa kejadian itu berlaku tidak lama selepas dia memanaskan enjin treler itu yang terletak kira-kira 10 meter dari rumahnya.

"Saya hairan bagaimana treler ini boleh bergerak sendiri sedangkan brek tangan sudah ditarik dan tayar pula disekat dengan batu.

"Saya hampir pitam melihat rumah dirempuh treler seberat 13 tan ini," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan