PETALING JAYA - Polis semalam memberitahu pihaknya tidak menemui sebarang kesan dera pada badan seorang amah yang mati selepas terjatuh dari tingkat sembilan sebuah kondominium di Kota Damansara di sini kelmarin.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, laporan bedah siasat hanya mengesahkan kecederaan mangsa sepadan dengan kecederaan orang yang jatuh dari tempat tinggi.
Sehubungan itu katanya, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut selepas tidak menemui sebarang bukti jenayah.
"Siasatan mendapati mangsa cuba melarikan diri kerana tidak menyukai pekerjaannya. Mangsa baru sebulan bekerja dengan majikannya.
"Keterangan majikan juga sudah diambil dan kita masih menyiasat lebih lanjut mengenai kejadian itu," katanya pada sidang akhbar di sini.
Semalam seorang amah dikenali sebagai Sukini, 30-an, dari Kalumpang, Sulawesi ditemui mati selepas terjatuh dari tingkat sembilan kondominium berkenaan pada pukul 11 pagi.
Sebelum kejadian, Sukini didakwa telah menulis empat nota kepada seorang pekerja kedai dobi meminta supaya dia diselamatkan selepas tidak tahan dimaki hamun majikannya yang berketurunan Cina.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan