Rabu, 25 Julai 2012

Warga Emas Terlantar 13 Tahun

Zaharah bersama suaminya yang terlantar akibat parkinson 

JELI - Seorang warga emas di Kampung Lubok Bonggor di sini hanya mampu terlantar di rumahnya sejak 13 tahun lalu kerana penyakit parkinson yang dideritainya.

Keadaan yang menimpa Che Hussin Kila, 80, membuatkan isterinya, Zaharah Ishak, 60, dihimpit kesusahan apabila perlu sentiasa berada di sisi suaminya yang tidak mampu bergerak sendiri.

Zaharah berkata, sebelum ini suaminya bekerja menoreh getah selain melakukan kerja-kerja kampung sebelum terpaksa meninggalkan semua pekerjaan itu apabila menghidap parkinson pada tahun 1999.

"Setelah suami saya diserang penyakit ini, dia tidak dapat membuat sebarang kerja dan tidak dapat bergerak ke mana-mana, hanya berada di rumah setiap hari.

"Jadi, sejak 13 tahun lalu saya hanya menjaga dia dan tidak dapat membuat sebarang kerja disebabkan dia tidak boleh berseorangan kerana tidak mampu bergerak lagi," katanya.

Kata Zaharah, mereka mempunyai lapan orang anak namun masing-masing sudah mempunyai keluarga sendiri dan pendapatan mereka juga tidak seberapa untuk membantunya.

"Anak-anak sudah ada keluarga sendiri dan tinggal berjauhan. Ada di Johor dan Perak. Mereka juga tidak dapat menanggung ayah mereka yang sedang sakit sebab gaji mereka pun hanya cukup untuk menyara keluarga masing-masing.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan