Rabu, 25 Julai 2012

Haramkah Makan Ulat Mulong?

Kanggaru? Kalau dapat di makan sekalipun, tak sanggup ler nak makan. Kasihan Kanggaru ni...dah lah comel mana sanggup nak makan.

Badak Air

Keldai

Ulat Mulong

ADAKAH haiwan seperti kanggaru, ulat mulong, badak air dan keldai boleh dimakan? Adakah dubuk dan anjing laut itu najis?

JAWAPAN:

Kanggaru  halal dimakan. Tentang ulat mulong pula, dalam mazhab Syafie menjelaskan, segala jenis ulat dihukumkan haram kecuali ulat yang terwujud dalam cuka atau buah-buahan yang sukar hendak dibezakan apatah lagi untuk dibuang. Lebih tepat, ia diistilahkan termakan bersama-sama cuka atau buah-buahan tersebut.

Jadi, menjadi satu syarat iaitu ulat-ulat itu dimakan (tanpa disedari) bersama-sama buah tersebut kerana sukar hendak dibezakan dan dibuang. Jika ulat-ulat tersebut boleh dipisahkan daripada buah-buahan, maka tetaplah hukumnya haram dimakan.

Perkara ini dibincangkan dalam kitab-kitab fiqh mu'tabar dalam mazhab seperti Minhajuth Tholibin halaman 130 dan 132 serta syarahnya pada Tuhfatul Muhtaj (juzuk 9, halaman 369 dan 445).

Begitu juga dengan pendapat Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari, ulama pengarang kitab Sabilal Muhtadin (juzuk 1, halaman 38) dengan jelas menyatakan: Bahawasanya telah dinaskan oleh ulama, setiap ulat, dan jika ia suci pada ketika hidupnya sekalipun, adalah haram memakannya.

Berkenaan badak air pula, ia tidak boleh dimakan kerana ia merupakan hidupan dua alam iaitu air dan darat.

Adapun tentang keldai maka para ulama sepakat tentang halalnya keldai liar, kuda belang dan seladang. Nabi SAW telah dihadiahkan dengan keldai liar lalu baginda memakannya. (Riwayat al-Bukhari dari hadis Abi Qatadah).

Hujah Imam As Syafie berhubung dengan dubuk (hyena) ialah haiwan itu tiada taring, sebaliknya semua gigi haiwan itu sama tajam. Andai kata diterima bahawa ia memiliki taring, ia bukan dari kategori as-siba (haiwan pemangsa yang makan secara menerkam seperti singa dan harimau) yang disebut di dalam hadis.

Pendapat ini dipersetujui oleh Ibn al-Qayyim dan hadis dari Jabir. Beliau ditanya tentang dubuk: Adakah dubuk binatang buruan? Jawabnya: Ya. Beliau ditanya lagi: Adakah ini disabdakan oleh Nabi SAW? Jawabnya: Ya. (Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi dan disahihkannya serta an-Nasa-i dan Ibn Majah. Disahihkan juga oleh al-Hakim).

Dubuk bukanlah najis mengikut pendapat Imam Syafie. Berkaitan dengan anjing laut, ia tidak najis tetapi ia tidak pula halal dimakan kerana ia termasuk haiwan dua alam. Wallahu a'lam.

Dubuk

Anjing Laut 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan