Jumaat, 7 Disember 2012

Kempen Derma Darah Di Miri

Mega Hotel Miri

MIRI: Pustaka Miri dan Mega Hotel Miri akan mengadakan kempen menderma darah pada hari Sabtu, 8 Disember ini.

Kempen berkenaan merupakan kerjasama antara Pustaka Miri dan Mega Hotel Miri sempena dengan sambutan ulang tahun ke-10 Pustaka Miri serta ulang tahun ke-18 Mega Hotel Miri pada tahun ini.

Kempen yang turut mendapat kerjasama dari Bank Darah Miri itu akan berlangsung di Ballroom 1, Tingkat Empat Mega Hotel bermula jam 8.30 pagi hingga 12 tengah hari.

Antara objektif utama penganjuran kempen tersebut adalah untuk meningkatkan kesedaran untuk membantu menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan, selain menambah stok bekalan darah menjelang musim perayaan ini.

Justeru, orang awam adalah dijemput beramai-ramai bagi menjayakan kempen berkenaan.

Untuk keterangan lanjut berhubung kempen tersebut, mereka yang berminat boleh menghubungi Sofina Tan (Pustaka Miri) menerusi talian 085-422525 sambungan 305 atau pihak Mega Hotel (085-432432).


Tiada ulasan:

Catat Ulasan