Khamis, 6 Disember 2012

Lelaki Lakukan Ugutan Jenayah


MIRI: Mahkamah Majistret petang semalam mendenda seorang lelaki RM500 atau dua minggu penjara kerana kesalahan melakukan ugutan jenayah terhadap seorang wanita.

Mohamad Suhaili, 42, dari Kampung Masjid, Kuala Baram mengaku bersalah di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles terhadap tuduhan yang dibacakan ke atasnya mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh didapati telah melakukan ugutan jenayah terhadap Azlina Abdullah dengan mengeluarkan kata-kata: “Kelak kau datang agik, ku bunuh ko dengan piso” dengan niat hendak menyebabkan ketakutan yang mendatangkan kecederaan atau kematian kepada mangsa.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh pada jam 2 petang, 4 Disember lalu di Lot 504, Lorong 3A, Piasau Utara di sini.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor, manakala tertuduh tidak diwakili.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan