Gambar Hiasan
KUCHING: Bau busuk dari sebuah bilik sewa sekitar Jalan Ang Cheng Ho menamatkan misteri kehilangan seorang lelaki berusia setengah abad. Lelaki itu yang dikatakan menyewa di situ tidak kelihatan selama tiga hari.
Hanya sekitar jam 6 petang semalam, rakan serumahnya tercium bau busuk dan segera menghubungi polis.
Apabila polis berjaya memasuki bilik berkenaan, lelaki itu yang dikenali sebagai Chang Siak Fook didapati telah mati.
Mangsa yang berusia 59 tahun dipercayai telah mati tiga hari lepas. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk dibedah siasat.
Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan