Isnin, 10 Disember 2012

Tak Sempat Belanja Duit Gaji

Kelihatan keluarga dan sanak saudara menangisi pemergian mangsa

SARATOK: Hasrat seorang seorang pekerja ladang Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) Krian untuk membelanjakan gaji bulan November lalu tidak kesampaian.

Ini berikutan, motosikal yang dipandu oleh mangsa terbabit dalam kemalangan maut di simpang Kaki Wong di sini, petang kelmarin.

Mangsa yang dikenali sebagai Lebister Luat Abong, 30, sebelum kejadian menunggang sebuah motosikal Yamaha dalam perjalanan pulang dari tempat kerja iaitu di SALCRA Krian sebaik sahaja selesai mendapatkan gajinya.

Menurut seorang kenalan dan juga rakan kepada mangsa yang enggan identitinya disiarkan berkata, selang beberapa detik sebelum kejadian tersebut mangsa kelihatan begitu ceria apatah lagi sebaik sahaja mendapat gaji.

“Kami tidak menyangka bahawa tingkah lakunya yang menjerit-jerit kegembiraan sewaktu menerima gaji pada petang itu merupakan saat terakhir bagi kami melihatnya dan bergembira bersama.

“Sebaik sahaja selesai mendapat gaji, kami bergerak bersama untuk balik ke rumah, namun berhampiran dengan lokasi kejadian, saya melihat mangsa telah memecut dan cuba untuk memotong sebuah lori.

“Namun, secara tiba-tiba motosikal yang dipandu mangsa hilang kawalan dan merempuh bahagian belakang lori terbabit,” katanya SARATOK: Hasrat seorang seorang pekerja ladang Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) Krian untuk membelanjakan gaji bulan November lalu tidak kesampaian.

Ini berikutan, motosikal yang dipandu oleh mangsa terbabit dalam kemalangan maut di simpang Kaki Wong di sini, petang kelmarin.

Mangsa yang dikenali sebagai Lebister Luat Abong, 30, sebelum kejadian menunggang sebuah motosikal Yamaha dalam perjalanan pulang dari tempat kerja iaitu di SALCRA Krian sebaik sahaja selesai mendapatkan gajinya.

Menurut seorang kenalan dan juga rakan kepada mangsa yang enggan identitinya disiarkan berkata, selang beberapa detik sebelum kejadian tersebut mangsa kelihatan begitu ceria apatah lagi sebaik sahaja mendapat gaji.

“Kami tidak menyangka bahawa tingkah lakunya yang menjerit-jerit kegembiraan sewaktu menerima gaji pada petang itu merupakan saat terakhir bagi kami melihatnya dan bergembira bersama.

“Sebaik sahaja selesai mendapat gaji, kami bergerak bersama untuk balik ke rumah, namun berhampiran dengan lokasi kejadian, saya melihat mangsa telah memecut dan cuba untuk memotong sebuah lori.

“Namun, secara tiba-tiba motosikal yang dipandu mangsa hilang kawalan dan merempuh bahagian belakang lori terbabit,” katanya - UTUSAN BORNEO


Tiada ulasan:

Catat Ulasan