Isnin, 10 Disember 2012

20,000 Penganut Kristian Sertai Perarakan


MIRI: Lebih 20,000 orang penganut Kristian di sini membanjiri Dataran Kipas Miri malam kelmarin sempena Miri City Krismas Parade 2012 meskipun hujan turun renyai-renyai.

Penganut Kristian kemudiannya berarak sejauh empat kilometer bersama sepanduk bermula dari Dataran Kipas Miri menuju ke Pasar Miri sebelum bergerak semula ke Dataran Kipas Miri.

Menteri Muda Perhubungan Datuk Lee Kim Shin berkata sambutan tersebut antara yang terbesar dan mendapat sambutan luar biasa daripada penganut Kristian di sini.

Katanya tahun lalu sambutan itu telah dihadiri oleh 15,000 penganut Kristian namun berbeza pada tahun ini apabila jumlah itu bertambah lebih 20,000 orang.

“Inilah yang dikatakan kebebasan beragama di mana semua orang boleh mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing dengan aman dan selesa,” katanya.

Lee yang juga Menteri Muda Sukan menjelaskan keamanan yang sedia ada perlu dikekalkan untuk tatapan generasi akan datang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan