Jumaat, 15 Mac 2013

34 Kapal Untuk Bantu Pelarian Dari Sabah

Penduduk Filipina tiba di Jolo dari Sabah

MANILA - Tentera Laut Filipina menyatakan ia telah menempatkan sebanyak 34 unit kapal di sepanjang sempadan perairan negara ini bagi membantu pelarian dari Sabah untuk kembali ke sini, lapor portal berita Philstar.com. semalam.

Ia juga memberi jaminan tidak akan ada pengikut pemimpin puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram III boleh melepasi sekatan itu untuk ke Sabah.

"Kita mempunyai kapal yang mencukupi untuk mengawal sempadan perairan negara," kata jurucakap tentera laut, Leftenan Komander Gregory Fabic. Katanya, pasukannya masih berkemampuan untuk mengesan dan mencegah sebarang pencerobohan.

Kelmarin dua buah bot yang membawa seramai 36 orang yang merupakan saki-baki pengganas Sulu di Sabah berjaya dipintas kapal peronda.

Ketika pemeriksaan pihak tentera laut menemui sejumlah senjata api termasuk senapang patah dan raifal M16. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan