Jumaat, 15 Mac 2013

Periksa Lokasi Persembunyian Senjata Api

Gambar Hiasan

SEMPORNA: Sepasukan polis semalam memeriksa kawasan Tanah Perkuburan Kampung Panji di sini dipercayai tempat simpanan senjata api oleh kumpulan pengganas yang menyerang Kampung Simunul 2 Mac lepas.

Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata, pemeriksaan pada jam 6.30 pagi itu dijalankan selepas menerima maklumat awam sejak beberapa hari lepas.

Beliau berkata, pemeriksaan yang dijalankan kira-kira 100 anggota polis dari unit VAT 69, Unit Tindakan Khas Bukit Aman, Pasukan Gerakan Am dan dibantupasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna juga bertujuan mengumpulbukti terhadap kegiatan pengganas sejak beberapa minggu lepas.

Sementara itu, seorang penduduk Jurikun Borneo, 54, berkata ketika beliau sedang membuka kedai runcitnya pada jam 6.30 pagi beliau melihat sepasukan polis sedang memeriksa tanah perkuburan dengan menggunakan beberapa alat pengesan senjata. - BERRNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan