Sabtu, 16 Mac 2013

Dua Beranak Hilang

Rosmie bersama anaknya yang dilaporkan hilang sejak 2 Februari lalu 

KOTA KINABALU: Dua beranak dilaporkan hilang sejak 2 Februari lepas setelah kali terakhir dilihat di Kampung Pulutan, Menggatal di sini.

Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata wanita berkenaan, Rosmie Leider, 45, dan anak perempuannya yang berusia setahun itu dikatakan hilang sejak keluar dari kediaman mereka kira-kira jam 4.30 petang pada tarikh itu.

Menurutnya, susulan daripada kejadian itu, suami wanita terbabit kemudiannya bertindak melaporkan kehilangan mereka di balai polis berdekatan.

“Kita dimaklumkan bahawa suami wanita itu telah berusaha menghubungi isterinya namun tidak berjaya.

“Oleh demikian, laporan polis telah dilakukan pada 3 Mac dan sehingga kini isteri dan anak pengadu masih belum ditemui,” katanya.

Sehubungan itu, Jauteh menyeru kepada orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai dua beranak terbabit untuk menghubungi Balai Polis Menggatal di talian 088-492 222 atau mana-mana balai terdekat bagi membantu pencarian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan