Sabtu, 16 Mac 2013

Penjaga Pusat Hiburan Didenda RM3,000, Enam Bulan Penjara


MIRI: Seorang penjaga pusat hiburan didenda RM3,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, di sini pagi semalam kerana kesalahan menjalankan perniagaan kedai siber atas talian secara haram.

Garry Buma Galau, 25, dari Bratong Atas, Roban Saratok didakwa mengikut Seksyen 5 (2) Ordinan Hiburan 2001 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh didapati menjalankan perniagaan kedai siber atas talian tanpa mempunyai lesen yang sah.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 4.35 petang, pada 15 Disember tahun lalu di sebuah pusat hiburan terletak di Lot 5949 tingkat bawah Desa Indah 3, Permyjaya di sini.

Di hadapan mahkamah, tertuduh merayu hukuman ke atasnya diringankan memandangkan ini adalah kesalahan pertamanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan