Isnin, 18 Mac 2013

Budak Perempuan Dirogol Dua Lelaki

Gambar Hiasan

SIBU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun mendakwa dirogol oleh dua lelaki awal pagi Khamis lalu. Murid tahun lima sebuah sekolah rendah di sini ter­dahulu difahamkan meng­hubungi seorang lelaki yang juga rakan kepada kakaknya dengan menggunakan telefon ayahnya.

Tidak lama kemudian lelaki terbabit kemudian menjem­put mangsa sebelum mem­bawanya ke sebuah taman di Jalan Permai, di sini justeru mereka menghabiskan mangsa sehingga tengah malam.

Difahamkan, mangsa ada meminta lelaki berkenaan menghantarnya pulang ke rumah. Namun, permintaan mang­sa ditolak lelaki berkenaan jika permintaan untuk men­gadakan hubungan seks den­gannya ditolak. Oleh kerana takut, mangsa hanya menurut sahaja per­mintaan lelaki terbabit ter­masuk mengikutnya pulang ke rumah.

Sebaik tiba di rumah lelaki terbabit, seorang lagi rakan suspek datang tidak lama kemudiannya. Kedua-dua lelaki berkenaan telah merogol mangsa secara bergilir-gilir.

Sementara itu, bapa mangsa yang tidak melihat kelibatnya pada keesokan paginya berasa hairan selain mendapati telefon bimbitnya turut hilang.

Dengan bantuan jiran, dia kemudiannya menghubungi kakak mangsa yang berada di Bintulu kerana melawat ibunya. Mangsa tiba di rumah sekitar jam 11.30 pagi dan menceritakan kejadian itu kepada ayahnya.

Pada masa yang sama, mangsa juga tidak menghadiri peperiksaan sekolah yang diadakan pada hari tersebut. Satu laporan polis telah dibuat oleh kakak mangsa yang berusia 15 tahun. Selain itu, mangsa turut dibawa melakukan pemeriksaan di Hospital Sibu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan