Isnin, 18 Mac 2013

Polis Miri Berkas Tiga Lelaki Cuba Merompak

Gambar Hiasan

MIRI: Polis berjaya menahan tiga lelaki yang didakwa cuba merompak seorang wanita berusia 40-an di hadapan tempat parkir kereta di kediamannya di Pujut, di sini pada Khamis lalu.

Ketiga-tiga lelaki terbabit berjaya ditahan sepasukan polis tiga hari selepas insiden berkenaan dilaporkan di Balai Polis Pusat Miri.

Sementara itu, kejadian tersebut berlaku pada jam 12.30 tengah hari ketika ketiga-tiga mereka cuba merompak wanita berkenaan namun tidak berjaya.

Mangsa yang berjaya melarikan diri dan dalam ketakutan terus pergi ke Balai Polis Pusat Miri untuk melaporkan kejadian.

Bertindak atas laporan yang dibuat, polis kemudian melancarkan gerakan mencari dan mengenal pasti lokasi ketiga-tiga suspek.

Menurut sumber, ketiga-tiga suspek berjaya ditahan di kawasan yang sama di mana mereka sebelum itu cuba merompak mangsa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan