Jumaat, 15 Mac 2013

Tak Hirau Peluru Demi Adik


Lahad Datu: Dua beradik termasuk seorang daripadanya lumpuh terperangkap hampir 12 hari sejak ‘Ops Daulat’ bermula hanya mengalas perut dengan bubur nasi dan mi segera bagi meneruskan hidup sebelum ditemui semalam.

Malah, ada juga yang beranggapan Kassim Rol, 60, dan adiknya Rashidah Rol, 42, sudah meninggal dunia diserang pengganas kerana tidak muncul ketika operasi pemindahan oleh pihak berkuasa. 

Bagaimanapun nasib menyebelahi mereka apabila kehadiran dua wartawan New Straits Times (NST), Farrah Naz Karim dan Jassmine Shadiqe yang kebetulan membantu jiran Kassim untuk mengambil dokumen peribadi serta motosikal menemui dua beradik malang itu. 

Kassim berkata, suasana kelam kabut ketika orang ramai berpindah bagi menyelamatkan diri mengakibatkan mereka tertinggal di situ dan gagal dikesan oleh ahli keluarga lain.


Coretan :- Kesiannya. Nasib baik terselamat dari angcaman pengganas...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan