Ahad, 17 Mac 2013

Pilihan Raya Tidak Jejas Ops Daulat


LAHAD DATU - Gerakan menjejaki pengganas Sulu tetap akan diteruskan di kawasan musuh di sini walaupun pada waktu pilihan raya umum dijalankan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, dalam hal keselamatan, pasukan keselamatan tidak boleh berkompromi dengan apa jua keadaan.

"Tidak kira pilihan raya berlaku dalam masa terdekat ini, kalau kami dikehendaki berada di Lahad Datu, kami akan terus berada di sini," tegasnya pada sidang akhbar di sini semalam.

Beliau memberitahu, pasukan keselamatan juga tidak pernah menetapkan tempoh dalam menamatkan isu pencerobohan sekumpulan pengganas Sulu di Sabah sejak 12 Februari lalu.

Menurut Hamza, matlamat utama Ops Daulat ketika ini adalah menjejak saki-baki pengganas yang dipercayai tinggal seramai 50 orang selain membersihkan kawasan terjejas bagi memastikan keselamatan penduduk yang berada dalam gugusan Tanjung Labian.

1 ulasan:

  1. ape-ape pun keselamatan negara mesti diutamakan

    Singgah entry terbaru
    muatturun seo toolkit

    BalasPadam