Selasa, 19 Mac 2013

Guru Hina Pasukan Keselamatan Digantung Tugas


KOTA BAHARU: Seorang guru lelaki yang didakwa menghina anggota pasukan keselamatan berhubung isu pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah digantung perkhidmatan mulai kelmarin, kata Pengarah Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan Hussain Awang.

“Tindakan ke atas guru terbabit berkuatkuasa sehingga kes itu selesai disiasat polis,” kata Hussain kepada pemberita pada majlis pengumuman keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia 2012 di sini, semalam.

Guru sebuah sekolah rendah di jajahan Pasir Puteh itu dilapor membuat kenyataan menghina pasukan keselamatan sebagai “anjing” dan menganggap kematian mereka sebagai “mati katak” dalam laman sosial Facebooknya. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan