Selasa, 19 Mac 2013

Tumbuk Gadis China Gara-Gara Cinta Ditolak


KUCHING: Seorang lelaki tempatan bertindak menumbuk seorang gadis warga China gara-gara berang cintanya ditolak. Kejadian sekitar jam 11 malam itu berlaku di sebuah pusat refleksologi di Jalan Tun Jugah di sini.

Mangsa yang merupakan tukang urut ditumbuk oleh pelanggan tersebut di bahagian dagu sekitar minggu lepas.

Bimbang sekiranya kejadian itu berulang, mangsa yang berusia 18 tahun itu membuat laporan polis pada malam Ahad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan