Isnin, 18 Mac 2013

Polis Rampas Sembilan Unit Komputer Perjudian


MIRI: Sepasukan polis di sini merampas sembilan unit komputer yang digunakan untuk permainan judi haram secara talian di sebuah premis di Pusat Komersial Centre Point sini, malam kelmarin.

Pihak polis yang menyerbu ke premis tersebut pada jam 10 malam Sabtu lalu, turut menahan beberapa orang lelaki bagi membantu siasatan polis.

Turut dirampas ialah sejumlah wang tunai. Kesemua barangan yang dirampas telah dibawa ke Balai Polis Pusat untuk dijadikan bahan bukti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan