Selasa, 19 Mac 2013

Orang Ramai Gempar Lelaki Bogel Cuba Terjun Bangunan

Aksi lelaki dalam keadaan bogel cuba terjun dari tingkat tiga

KUCHING: Orang ramai digemparkan dengan seorang lelaki tanpa seurat benang yang dipercayai cuba terjun dari tingkat tiga sebuah hotel bajet di Padungan, di sini.

Insiden sekitar jam 5 petang itu menyaksikan lelaki dalam lingkungan usia 50-an itu cuba memanjat keluar dari tingkap beberapa kali.

Rakan lelaki tersebut, yang sama menginap di hotel berkenaan selama seminggu, cuba memujuknya untuk masuk ke dalam bilik berkenaan namun menemui jalan buntu.

Bagaimanapun, tindakan efisien pasukan polis dan bomba berjaya menarik lelaki tersebut masuk semula ke dalam bilik hotel.

Menurut kakitangan hotel berkenaan, lelaki berkenaan dalam keadaan baik pada sebelah pagi dan tidak menunjukkan keadaan tidak siuman.

Lelaki berkenaan seterusnya dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk menjalani pemeriksaan. - UTUSAN BORNEO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan