Isnin, 18 Mac 2013

Pekerja Kilang Maut Tersusuk Batang Besi


SIBU: Seorang pekerja sebuah kilang memproses papan lapis di sini meninggal dunia setelah bahagian perutnya tersusuk batang besi sebuah mesin.

Mangsa hanya dikenali sebagai Sahari, berusia 32 tahun dan berasal dari Mukah. Difahamkan kejadian tersebut berlaku sekitar jam 9.30 pagi semalam ketika mangsa sedang bekerja di kilang berkenaan di Jalan Teng Kung Suk, di sini.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sibu tidak lama selepas kejadian tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan