Isnin, 10 Disember 2012

Orang Ramai Dijemput Sertai Kempen Menderma Darah


MIRI: Orang ramai adalah dijemput bagi menyokong dan menyertai kempen menderma darah The Miri Community Mass Blood Donation pada 16 Disember ini di PermyMall Miri ber­mula jam 9.30 pagi hingga 2 petang.

Menurut jurucakap pen­ganjur, pelbagai organ­isasi di sini telah tampil bagi menyertai dan menjayakan kempen berkenaan yang bertujuan untuk menam­bah keperluan bekalan darah khususnya menjelang perayaan Krismas dan Ta­hun Baharu.

Antara organisasi yang terlibat ialah Bank Darah Hospital Miri, Jawatkua­sa Petugas Derma Da­rah Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) Miri, Persatuan Klan Lau, MYAC, Persatuan Day­ak Bidayuh Kebangsaan (DBNA), Lembaga Hasil Dalam Negeri, Radio Tel­evisyen Malaysia (RTM), NamLiFa, Persatuan Tian Miri, Persatuan Dayak Miri, Miri Life Care Soci­ety, Persatuan Klan Chan dan lain-lain.

“Objektif utama pengan­juran kempen itu adalah un­tuk memastikan bekalan da­rah mencukupi pada musim perayaan Krismas dan Ta­hun Baharu nanti, selain menggalakkan masyarakat setempat menyumbangkan sesuatu terhadap mereka yang memerlukan.

“Secara tidak langsung, aktiviti ini dapat men­ingkatkan kesedaran dan mewujudkan semangat kerjasama serta prihatin di kalangan masyarakat,” katanya.

Pihak penganjur men­sasarkan sejumlah 100 pain darah dapat dikumpul menerusi kempen berk­enaan.

Untuk pertanyaan lanjut boleh menghubungi koor­dinator The Miri Commu­nity Mass Blood Donation, Karambir Singh di talian 016-8785500.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan