Rabu, 5 Disember 2012

Didenda Atau Enam Bulan Penjara


MIRI: Tiga lelaki masing-masing didenda RM1,200 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, di sini pagi semalam kerana kesalahan bermain judi haram di tempat awam.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Lovely Natasha Charles setelah menimbangkan beberapa faktor termasuk pengakuan salah dan rayuan kesemua tertuduh, keterangan fakta kes dan mengambil kira berat kesalahan yang dilakukan mereka.

Vicent Achoi dari Sg Seruas, Bakong; Aaron Desmond Mering dari Min Sing Garden dan Paul Kebing Hajang dari Belaga telah didakwa mengikut Seksyen 7 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Mengikut kesalahan ini, ketiga-tiga tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan kes, kesemua tertuduh didapati telah bermain judi haram jenis ‘Hoo Hey How’ di tempat awam.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu dengan niat bersama pada jam 8 malam, 3 Disember lalu di kawasan gerai BBQ Terminal Bas Pujut Corner di sini.

Di hadapan mahkamah, kesemua tertuduh masing-masing merayu agar dikenakan hukuman yang ringan memandangkan ini adalah kesalahan pertama mereka.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan