Isnin, 10 Disember 2012

Kedai Runcit Terbakar, Kanak-Kanak Melecur

Melecur di bahagian kaki apabila terjatuh ketika melarikan diri

KUCHING: Gara-gara bermain api, sebahagian daripada kedai runcit di Rambungan, dekat sini terbakar manakala seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun melecur di bahagian kaki.

Insiden itu berlaku sekitar jam 3 petang apabila mangsa bersama adiknya yang berusia tujuh tahun membakar kertas-kertas buangan bersama anak pemilik kedai runcit tersebut.

Bagaimanapun, api semakin marak apabila terkena minyak tanah (gasolin). Mangsa terjatuh ketika cuba melarikan diri apabila api merebak dan terkena bahagian kakinya. Adik mangsa kemudiannya berlari ke rumah untuk mendapatkan bantuan daripada bapanya.

Kebakaran itu bagaimanapun dapat dipadamkan oleh bapanya dengan menggunakan air dan pemadam api. Mangsa dikejarkan ke Klinik 1Malaysia sebelum dirujuk ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan lanjut.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan