Sabtu, 9 Mac 2013

Aktiviti Harian Kembali Rancak

Anggota keselamatan bersama-sama menunaikan solat Jumaat di Lahad Datu

LAHAD DATU – Rutin harian masyarakat di sekitar Felda Sahabat kembali rancak semalam susulan pengumuman penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Sabah oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin.

Tinjauan mendapati restoran dan kedai makan dibuka sejak awal pagi dan kelihatan ramai penduduk mula keluar ke kawasan pekan di Felda Sahabat ini untuk menjalankan urusan harian mereka. Keadaan di kawasan itu juga tenang dan terkawal.

Dalam pada itu, bunyi enjin pesawat tempur Tentera Udara Diraja Malaysia kedengaran seawal pukul 7 pagi sebelum disusuli bunyi letupan kira-kira pukul 7.15 malam. Namun tidak diketahui sama ada terdapat kematian kepada pihak pengganas atau pasukan keselamatan.

Penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Sabah merangkumi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu bertujuan menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur negeri itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan