Sabtu, 9 Mac 2013

Pesawat Mendarat Tanpa Tayar Depan


DUBLIN, Ireland - Jadual penerbangan di Lapangan Terbang Dublin di sini mengalami kelewatan selepas sebuah pesawat kargo mendarat tanpa tayar depan semalam.

Tayar itu gagal berfungsi ketika ia mendarat menyebabkan landasan di lapangan terbang tersebut terpaksa ditutup.

Pihak berkuasa Lapangan Terbang Dublin berkata, tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut. Pesawat milik Bin Air itu membawa dua juruterbang dan kargo. Ia menyebabkan muncung kapal terbang terjatuh di landasan sebelum berhenti.

Lima penerbangan terpaksa dilencongkan dan berpuluh-puluh lagi tertunda ekoran nahas tersebut. - AP


Tiada ulasan:

Catat Ulasan