Sabtu, 9 Mac 2013

Wanita Warga Emas Maut Ditikam


SUNGAI PETANI - Seorang wanita warga emas ditemui mati di rumahnya di Kampung Padang Temusu dekat sini dengan kesan tikaman pada badannya petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Mohd. Nasir Ya berkata, polis menerima maklumat penemuan mayat Siti Zainab Bakar, 71, setelah dimaklumkan seorang daripada anak mangsa.

Beliau berkata, anak kedua mangsa itu tampil membuat laporan pada kira-kira 5 petang di Balai Polis Sungai Petani.

"Kita sudah turun ke rumah mangsa untuk melihat tempat kejadian dan menemui mayat mangsa yang berada di atas katil di dalam bilik.

"Kita akan siasat kes ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Siasatan lanjut masih dijalankan. Suspek dan motif kejadian juga masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi.

Kejadian malang yang menimpa Siti Zainab itu hanya disedari seorang anaknya yang pulang ke rumah selepas menunaikan solat Jumaat di masjid berhampiran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan