Selasa, 24 Julai 2012

Lelaki Maut Dalam Kemalangan

ENGKILILI: Seorang lelaki terkorban apabila kenderaan jenis Myvi yang dipandunya bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di kawasan Skim Skrang, Engkilili, petang semalam.

Menurut sumber, mangsa yang terbunuh itu dikenali sebagai Unja Dungat dari Sungai Emparang, Bintangor, Sarikei dan kejadian itu berlaku pada jam 3.50 petang.

Kejadian itu dipercayai berlaku apabila kenderaan pacuan empat roda yang melakukan perjalanan dari Betong ke Kuching bergesel dengan Proton Saga sebelum bertembung dengan mangsa dari arah bertentangan, jelas beliau.

“Pertembungan itu menyebabkan kenderaan Myvi yang dipandu oleh mangsa terjunam ke dalam parit dan mangsa dipercayai mati serta-merta di tempat kejadian,” katanya.

Sementara pemandu kenderaan pacuan empat roda itu pula hanya menerima rawatan ringan di Klinik Kesihatan Skim Skrang sebelum dirujuk ke Hospital Bahagian Sri Aman, jelas beliau lagi.

Mayat mangsa dilaporkan dihantar ke Hospital Bahagian Sri Aman untuk tindakan lanjut.

Manakala pemandu Proton Saga model lama itu pula tidak mengalami sebarang kecederaan serius - Utusan Borneo


Tiada ulasan:

Catat Ulasan