Selasa, 24 Julai 2012

Warga Emas Maut Motosikal Bertembung Dengan Motosikal

KUCHING: Seorang warga emas maut setelah mengalami kecederaan parah apabila terlibat dalam kemalangan membabitkan motosikal di Jalan Landeh, di Penrissen.

Mangsa yang dikenal pasti sebagai Supi Johari, 76, dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Umum Sarawak (HUS) Sabtu lepas dan disahkan meninggal dunia pada jam 9.36 malam kelmarin.

Kemalangan jam 12.40 tengah hari Sabtu lepas itu berlaku apabila mangsa keluar simpang, lalu dilanggar sebuah lagi motosikal yang datang dari arah Kampung Landeh.

Penunggang motosikal tersebut, Mohammad Jaidi Majais, 31, dikatakan menuju ke arah Kampung Sebuak, dekat sini.

Ketua Polis Daerah (KPD) Kuching ACP Roslan Bek Ahmad mengesahkan laporan diterima. Kes itu dalam siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam kes berasingan, seorang lelaki dalam lingkungan usia 50-an dirujuk ke HUS semalam setelah mengalami kecederaan agak teruk selepas terlibat dalam kemalangan berhampiran Kampung Mongkos.

Mangsa dikatakan cuba mengelak daripada melanggar anjing selepas keluar simpang. Lelaki itu mengalami patah tangan kanan, dan kecederaan di bahagian kepala dan muka dimasukkan ke hospital Serian kelmarin sebelum dibawa ke HUS - Utusan Borneo


Tiada ulasan:

Catat Ulasan